4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

 1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. 
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... 
Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. 

2. Suaminya 
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. 
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. 
Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya. 

3. Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya...
Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

4. Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, 
bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. 
Nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. 
Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-  
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..." 
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita

Sumber dari: Faizan Isma
Category: 0 comments

Menggila dgn "Inner"...

Selalunya orang shopping bila gaji baru masuk... 
Tapi saya ni terbalik pulak... 
Gaji belum masuk, tapi boleh pegi shopping kat Jalan TAR macam x ingat dunia.. 
Hehehehe...
Ni semua gara2 adik yang nak beli inner sebelum balik ke Kolej nya di Kuantan.. 
Nak x nak, bawak lah jugak dia pegi...
Kesian pulak.. Adik dah lah ada sorang saja.. :D 
Aktiviti shopping menshopping di Jalan TAR ni hanya ditemani oleh adik dan my BFF, Aimi..
My BFF dua orang lagi xdapat nak join...
Masing2 ada hal...
Xpelah, bertiga ni pon dah kira ok..
Cuma x cukup ahli je lah.. 
Hehehe...
Lepas Zuhur, saya gerak pegi Carrefour Batu 3 dulu utk bayar bil Maxis sebelum ke Shah Alam pick up Aimi...
Sampai simpang nak masuk rumah Aimi, dia sms.. Dia sudah berpindah rumah...
Alahai, pindah rumah lagi...
Ini dah masuk 3 kali dia pindah rumah sepanjang dia duduk Shah Alam..
"Pindah Rumah" mmg sinonim dgn u lah, Aimi.. Hehehe..
Sepanjang perjalanan ke Jalan TAR, cuaca agak mengecewakan...
Yelah, nak pegi shopping kat sana kalau hujan mmg hilang moOd lah...
Nasib baik lepas je park kereta dalam Semua House, hujan pon berhenti..
Macam faham2 je kehendak hati kami ni.. 
Hehehe..
Apa lagi, mula lah aktiviti memilih inner...
Berbagai2 warna inner ada.. Murah pulak tu..
10 helai RM30 je..
Sampai "rambang warna" kami memilih... Bukan rambang mata lagi dah..

Pilih jangan tak pilih :p

Akhirnya, 20 helai inner selamat kami borong... :D
Selepas selesai inner, masa untuk memilih shawl pulak..
Berpusing2 jugak lah kami mencari shawl yg berkenan di hati...
Setelah membeli beberapa pasang shawl, perut pulak terasa lapar..
Kebetulan pulak hari ni hari Sabtu.. Jalan TAR memang ada pasar hari Sabtu..
Setelah membeli beberapa juadah utk santapan dalam kereta, kami pon gerak balik...

Balik lah sebelum kehabisan wang

Sepanjang perjalanan, kami makan juadah2 yg dibeli tadi...
Aimi sempat beli Laksa... Kesian dia, kena letak laksa tu dalam bonet..
Yelah, saya ni x tahan bau Laksa.. Bau sikit dah boleh muntah...
Alah betul ngan baunya.. Nasib baik lah bila letak dalam bonet, x bau sangat...
Kira2 pukul 7malam tadi kami sampai rumah...
Penat x terkata... Bukan ape, penat tekan minyak... 
Nasib baiklah jalan x jammed sangat... Cepat sikit sampai rumah & boleh berehat...

Antara inner yang diborong

Oklah, nak pergi rehat dulu.. 
Besok kena kerja.. :( 
Jadi x boleh tidur lewat sangat...


Category: 0 comments

Kesibukan Melanda

Terlalu banyak kerja yg mendatangkan menyebabkan tiada kesempatan utk menjengah ke ruangan ini... 
Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menjengah sebentar utk berkongsi cerita2 menarik yang berlaku dalam kehidupan seharian saya..

Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, saya dan rakan2 sekerja sibuk menyiapkan kerja2 berkaitan dengan Virtual Travel Fair yang akan berlangsung pada 25-30 April ni.. "Campaign" ini adalah kerjasama antara SOTA (my company) dgn The Star.. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web ini allmalaysia.info/virtualtravelfair


Semua staf bertungkus lumus bagi memastikan campaign ini berjaya.. 
All the best for the SOTA Team & The Star..

Malam tadi, selepas pulang kerja seperti biasa saya akan "lepak2" dan "borak2" di dalam bilik umi..
Sedang "borak2" tiba2 umi bg sehelai kertas kepada saya... Saya ingat kertas apa lah kan.. 
Rupa2 nya kertas itu tertulis Doa Semoga Segera Dapat Jodoh... 
Alahai, dah xsabar2 nampaknya umi saya ni nak ada menantu lagi.. Hihihi..
Entah lah, saya pon xtau nak cakap ape.. Saya x sure sudah bersedia atau belum untuk berumahtangga.. 
Tapi.. 
Bak kata umi saya, amalkan saja doa itu.. Kalau ada jodoh, alhamdulillah... 
Dia x paksa... :) 
Orang yang paling gembira kalau cerita pasal jodoh2 saya ini adalah Trisya (my lovely niece)... 
Tak sabar2 die nak tgk saya kawin.. 
Hari2 dok tanya saya bila nak kawin.. 
Dia siap dah ade plan nak "pau" my future husband tu shopping dan makan2... 
Aduhai, anak sedara saya yang sorang ni... 
Macam2 perangai.. Kalau xde dia, rindu pulak.. Kalau ade dia, pening kepala semua orang.. 
Hehehe...

Hhhmmm... Rasa nya terpaksa stop kat sini dulu.. 
Dah pukul 8.10AM... 
Nak start baca email n bereskan kerja2 yang xsiap lagi.. 
Ada masa terluang lagi nanti, ada lah benda yang akan saya coretkan di sini... 
Kalau x coretkan kat sini pon, akan tercoretlah ia di Twitter... Twitter Addict lah katakan... 
 Hehehe...
Aloha...
Category: 0 comments

Welcome Back with New Look!! ♥♥

picture form: http://blog.mixpanel.com/?tag=retention

Welcome Back!!!
Terlalu lama rasanya sudah meninggalkan alam blogger ini.. Almost 1 years..
Finally, saya dapat kembali semangat untuk meneruskan alam blogger ini setelah sekian lama me"rehat"kan diri...
Terasa banyak cerita yang ingin dikongsikan di sini tp masa seperti mencemburui saya..
Masih banyak lagi tugasan yang perlu saya lakukan...
Sebelum saya memulakan tugasan2 yang perlu diselesaikan hari ini, saya menjengah sebentar ke blog saya yg telah berwajah baru ini...
Actually, dah lama saya nak merubah wajah blog saya ini tp saya terlalu sibuk dengan hal2 kerja dan hal2 yang sewaktu dengannya.. Ini pon saya menggunakan design yang sedia ada di goggle.. Tak sempat nak buat own design.. Suka sangat design ni sebab ianya menggambarkan view Australia... Yelah kan, Australia tu salah satu "favourite destination" saya utk holiday... Tapi x pernah pergi pon.. Hehehe... Dapat tengok view nya hari2 pon jadi lah.. Mana tau satu hari nanti dapat pergi menjejakkan kaki ke sana... InsyaAllah..


Sebagai 1st post utk blog baru saya ini (walaupon blog ni dah lama... hehehe), saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai "Lesen Memandu".. Saya sebenarnya adalah seorang yang boleh dikategorikan sebagai "penakut"... Dari lepas SPM lagi parents saya menyuruh saya mengambil lesen memandu tetapi berbagai2 alasan yang saya berikan kepada mereka sehinggalah pada tahun 2006, saya menggagahkan diri mendaftar ke kelas memandu... Tapi malangnya, ianya separuh jalan setelah saya "gagal" dalam ujian jalanraya bersama JPJ.. Selepas kegagalan tersebut, saya terus hilang moOd utk meneruskan ujian tersebut... Jadi, ianya terbiar begitu sahaja selama 3 tahun.. Lama kan?? Hehehe... 

Namun, sebelum saya menamatkan ijazah saya, my BFFs (Aimi & Fid) memujuk saya utk mengambil semula ujian tersebut bersama2 mereka.. Mungkin kerana berteman, semangat saya itu muncul kembali... Akhirnya, saya dan my BFFs berjaya memilik Lesen Memandu setelah menghadapi pelbagai dugaan... Finally!!! Menarik nafas lega saya pada waktu itu.. Alhamdulillah... Tapi ianya tidak berakhir di situ.. Hehehe.. Walaupon saya memiliki Lesen Memandu, tp saya masih tidak mempunyai kekuatan utk memandu sendiri kenderaan... Untuk menghilangkan rasa takut saya itu, ayah saya telah membelikan sebuah kereta perodua VIVA putih kepada saya tapi sayang, saya masih tidak berani utk memandunya... Kereta tersebut akan dipandu oleh orang lain dan saya hanyalah "co-pilot" kepada pemandunya... Hehehe... Keras betul rasa takut dalam hati saya tu ek...

Sehinggalah pada hari pertama puasa tahun lepas, saya telah berjaya menghilangkan rasa takut tersebut setelah berjaya memandu seorang diri ke pejabat di Techonology Park M'sia, Bukit Jalil.. Itu pon terpaksa sebenarnya.. Hehehe... Ayah saya bertugas di luar KL, jadi tiada siapa yg akan menjadi driver saya utk hantar saya ke pejabat... Nak atau tidak, suka atau benci, saya TERPAKSA memandu sendiri... Alhamdulillah, selepas hari itu, saya sudah berjaya mengikis perasaan takut tersebut dan sudah semakin yakin dengan pemanduan saya.. Cuma bab parking yang susah2 tu, masalah sikit lah bagi saya.. Tapi xpe, lama2 nanti biasa lah kan.. Saya juga telah bertukar ke FULL License pada 7 April 2011.. Seperti bermimpi je...

 Gambar lesen memandu terbaru ku





Category: 0 comments
Copyright © ♥ life, laugh lots, ♥ 4ever. Powered by Blogger.